Monday, January 23, 2012

Andainya aku pergi dulu

I go first.
Andai aku pergi dulu,
aku ingin memohon maaf daripada kamu semua,
oleh itu maafkanlah segala perbuatan-ku terhadap mu.

Andai aku pergi dulu,
aku ingin meminta kepada mu,
halalkanlah segala makan minum yang telah engkau berikan padaku.

Andai aku pergi dulu,
jika aku tidak sempat untuk membayar hutang,
halalkanlah duit yang pernah aku berhutang kepada kamu.

Andai aku pergi dulu,
jika aku pernah mengajar kamu,
amalkanlah ajaran ku agar aku memperoleh kebaikan di 'alam sana'

Andai aku pergi dulu,
aku ingin menyempurnakan ibadahku,
kerana aku tidak tahu ajalku bila akan datang.

Maksud:

1-Kita diseru agar mengamalkan sifat maaf-memaafi kerana itu adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w..Walaupun perbuatan orang yang khianati kita itu buruk,maafkanlah sahaja perbuatan buruk orang itu kerana dengan perbuatan kita yang suka memaafkan orang ini,mudah untuk kita memperoleh pahala.Amalkan 3 perkara ini iaitu Lupakan,Maafkan dan Senyum.:)

2-Ada sesetengah orang yang tidak ingin menghalalkan makan minum yang telah dia berikan.Harap-harap orang seperti ini dilembutkan hatinya dan berlapang dada.Walaubagaimanapun,kita buangkan sifat seperti ini dan jangan sekali-kali berhasad dengki.

3-Kita disarankan agar kurangkan berhutang melainkan keadaan yang sangat terdesak.Jika sudah berhutang,elakkan melambat-lambatkan pembayaran hutang kerana ia akan menyusahkan diri sendiri malah kepada orang yang memberi hutang.Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman.Rasulullah s.a.w turut memberi ingatan jika seorang hamba Allah itu meninggal dunia,sedangkan dia masih berhutang,dosanya tidak diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.

4-Apabila sesorang hamba Allah telah meninggal dunia,terputuslah segala amalan melainkan tiga perkara,Sabda Nabi Muhammad S.A.W.:

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah,ilmu yang bermanfaat,doa anak yang soleh”
Maksud rangkap tersebut ialah ilmu yang bermanfaat.Ilmu mempunyai banyak jenis. Contohnya ilmu dunia, ilmu akhirat dan ilmu hitam. Tapi yang tak memutuskan amalan kita ialah ilmu yang memberi kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat. Ilmu seperti ini apabila diamal oleh orang yang masih hidup (orang yang dididik oleh kita) untuk kebaikan, kita pun sama mendapat pahala tersebut. Itulah yang dapat menyelamatkan kita di dalam kubur. Contohnya membaca al- Quran. Apabila kita mengajar seseorang itu membaca al – Quran, dan disebabkan apa yang di ajarkan itu membolehkan dia( orang yang belajar) membaca al-Quran dgn betul serta dapat bersolat, maka pahala kita sama seperti dia walaupun kita hanya mengajarnya membaca surah al-Fatihah dan dia mendalami ilmu – ilmu tersebut dgn org lain.

5-Kita tidak tahu ajal kita bila akan datang,maksud menyempurnakan ibadah ialah solat.Seeloknya elakkan melambat-lambatkan solat(walaupun solat isyak sekali pun) kerana sebolehnya kita tidak mahu mati dalam keadaan tidak sempat menyempurnakan ibadah,sedangkan ada masa dan peluang untuk melaksanakannya.Jadikanlah hidup ini sebagai satu pengabdian kepada Illahi.