Pengetahuan & Peringatan

1. Adakah kaki wanita aurat?

* Ramai wanita yang tidak tahu dan mengabaikan untuk menutup kaki.Ini bukan soal wajib pakai stokin atau tidak,masalahnya ialah mesti menutup kaki tidak kisah dengan cara sekalipun.Asalkan menutup kakinya demi menjaga auratnya.Wanita wajib menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangannya.Kaki wanita dikira sebagai aurat dan wajiblah bagi setiap wanita itu untuk menutupnya , kecuali jika terdapatnya hajat atau keperluan yang menyukarkan wanita tersebut untuk menutup kakinya , maka dalam hal ini ianya dibolehkan untuk tidak menutupnya.

Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:

1. Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
2. Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
3. Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
4. Darurat.


2.Al Quran Read Pen Rayyan.

Informasi Mengenai Al Quran Read Pen:


1)Mengandungi kitab Al-Quran lengkap 30juzuk.
2)Bacaan dari 4 Qari terkenal antaranya Sheikh Saad Al-Ghamidy,Sheikh Misyari Rashid,Sheikh Abdul Rahman As Sudais dan Sheikh Abdullah Al-Matrood.
3)Amat mudah digunakan dengan hanya meletakkan pen tersebut di mana-mana Surah/Ayat,maka pen ini akan membacanya.
4)Boleh menukar bahasa dengan cara menekan button "translate" untuk fungsi terjemahan.
5)Pakej termasuk Earphone,Cable USB dan User Manual.


Kenapa Kita Harus Memiliki Al Quran Read Pen ini?


1)Readpen mampu membaca Ayat per Ayat dan Surah per Surah dengan hanya menyentuh mata pen pada mana-mana Ayat atau Surah,pen ini akan mengeluarkan bunyi bacaan mengikut Qari pilihan kita.
2)Tidak tahu atau tidak lancar membaca Al-Quran tidak lagi menjadi alasan untuk kita malas membaca dan mempelajarinya,kerana kita boleh mempelajarinya/mengikut dari bacaan Qari-Qari pilihan kita.
3)Lengkap dengan 114 surah / 30 juz.
4)Readpen juga boleh berfungsi sebagai MP3 untuk memainkan lagu-lagu Nasyid,Ceramah Agama,Nama-Nama Allah,Zikir, dan sebagainya yang boleh di download dari komputer ke dalam Readpen ini.
5)Boleh disambungkan kepada pembesar suara supaya lebih kuat seperti pembesar suara masjid atau surau tanpa memerlukan CD atau Tape.Juga boleh disambung kepada earphone untuk mendengar sendiri tanpa gangguan orang lain.


Adakah Anda Sudah Memiliki Al Quran Read Pen Ini??

Jika belum,dapatkan segera di http://rkurl.com/digitalquran


3.Tibanya waktu solat

Bertemulah Tuhan yang menciptakan kamu sebentar.
Tinggalkanlah segala urusanmu.
Dia mahu kamu menghadapnya.
Dia maha pemurah lagi maha penyayang.

4.PUTUS SAF!MAKA TERPUTUSLAH HUBUNGAN DENGAN ALLAH



Inilah kebiasaan yang dilihat di masjid ataupun surau kita!saf tidak rapat diantara BAHU dan KAKI dijarakkan semata-mata untuk keselesaan diri sendiri!.


*Rasulullah dan para sahabat mementingkan rapat dan lurus saf.*


*Rasulullah sebelum memulakan solat,akan memastikan makmun di belakangnya meluruskan saf terlebih dahulu.Anas bin Malik berkata:ketika telah iqamah untuk solat,Rasulullah menghadap kami dengan wajahnya seraya berkata:"Luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakangku"(Riwayat Bukhari no.719)


Malah ada riwayat yang menyatakan Baginda pergi ke setiap barisan untuk melihat sama ada saf benar-benar telah lurus sebelum memulakan solat.Daripada Albara' bin Aazib berkata:Adalah Rasulullah memasuki celah-celah barisan(saf) sambil mengusap dada dan bahu kami,kemudian baginda bersabda "Janganlah kamu bercerai-berai sehingga hati kau bercerai-berai.Sesungguhnya Allah dan para malaikat mendoakan orang-orang yang solat di saf pertama.(Riwayat Abu Daud no.618.An-nasaii no.781.sahih At-Targhrib Waf-Tarhib no.493)


Pada zaman Umar al Khattab pula,beliau mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang.Beliau tidak akan bertakbir(memulakan solat)sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus.Begitu juga dengan Uthman al-Allan dan Ali bin Abu Talib,mereka berdua bersepakat melakukan apa yang telah dilakukan oleh Umar.Dulu,Ali selalu mengatakan:"Maju wahai si fulan!Mundur sedikit wahai si fulan!"(Riwayat Tirmizi (1/381)
     Saf yang tidak sempurna dan salah
Sedikit jarak yang memutuskan saf
                                                         
                                    Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tegakkanlah(ratakan & luruskan)saf-saf kamu sekalian.Demi Allah,(kamu diperintah agar)merapatkan/meluruskan saf-saf kamu,atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu!".
(Riwayat Bukhari no.717 dan muslim n0 436)

"Dan barangisapa memutuskan saf(tidak merapatkan atau memenuhkan saf),maka Allah akan memutuskan hubungan dengan-nya".(Riwayat Ahmad dalam Musnad dan Abu Daud no 785)

                     Saf yang sempurna dan betul
Merapatkan 'bahu dengan bahu' &
'tumit dengan tumit' serta memastikan
saf lurus


               Rasulullah s.a.w bersabda:Dari anas r.a,dari Nabi Muhammad s.a.w,sabdanya"Betulkanlah saf-saf(barisan)kamu semasa solat berjemaah,kerana sesungguhnya pembetulan saf-saf itu(adakah ia) dari amalan mengerjakan senbahyang dengan sempurna.(Riwayat Bukhari no.723)
"Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seorang hamba untuk menyambung(menyempurnakan)saf solat.(Riwayat Abu Daud.Lihat At-Taghrib Wat-Tahrib no 814,menurut sheikh Al-Albani hasan Lighairihi)
"Sesungguhnya Allah Ta'ala dan para malaikat-nya berselawat kepada oran-orang yang menyambung saf solatnya,dan barangsiapa yang menutup celah dalam solat berjemaah,maka Allah akan mengangkat orang itu satu darjat.(Riwayat Abu Daud no 618,An-Nasaii no 781,Sahih At-Taghrib Wat-Tarhib no.493).




Oleh itu,bagi sesiapa saja yang pernah membuat kesilapan seperti tidak merapatkan saf maka perbetulkanlah dan jangan mengulanginya.Jika  ternampak rakan disebelah tidak merapatkan saf,beritahulah ia.Putusnya saf,maka terputuslah perpaduan.Sesungguhnya itulah janji Allah.