Monday, January 23, 2012

Andainya aku pergi dulu

I go first.
Andai aku pergi dulu,
aku ingin memohon maaf daripada kamu semua,
oleh itu maafkanlah segala perbuatan-ku terhadap mu.

Andai aku pergi dulu,
aku ingin meminta kepada mu,
halalkanlah segala makan minum yang telah engkau berikan padaku.

Andai aku pergi dulu,
jika aku tidak sempat untuk membayar hutang,
halalkanlah duit yang pernah aku berhutang kepada kamu.

Andai aku pergi dulu,
jika aku pernah mengajar kamu,
amalkanlah ajaran ku agar aku memperoleh kebaikan di 'alam sana'

Andai aku pergi dulu,
aku ingin menyempurnakan ibadahku,
kerana aku tidak tahu ajalku bila akan datang.

Maksud:

1-Kita diseru agar mengamalkan sifat maaf-memaafi kerana itu adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w..Walaupun perbuatan orang yang khianati kita itu buruk,maafkanlah sahaja perbuatan buruk orang itu kerana dengan perbuatan kita yang suka memaafkan orang ini,mudah untuk kita memperoleh pahala.Amalkan 3 perkara ini iaitu Lupakan,Maafkan dan Senyum.:)

2-Ada sesetengah orang yang tidak ingin menghalalkan makan minum yang telah dia berikan.Harap-harap orang seperti ini dilembutkan hatinya dan berlapang dada.Walaubagaimanapun,kita buangkan sifat seperti ini dan jangan sekali-kali berhasad dengki.

3-Kita disarankan agar kurangkan berhutang melainkan keadaan yang sangat terdesak.Jika sudah berhutang,elakkan melambat-lambatkan pembayaran hutang kerana ia akan menyusahkan diri sendiri malah kepada orang yang memberi hutang.Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman.Rasulullah s.a.w turut memberi ingatan jika seorang hamba Allah itu meninggal dunia,sedangkan dia masih berhutang,dosanya tidak diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.

4-Apabila sesorang hamba Allah telah meninggal dunia,terputuslah segala amalan melainkan tiga perkara,Sabda Nabi Muhammad S.A.W.:

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah,ilmu yang bermanfaat,doa anak yang soleh”
Maksud rangkap tersebut ialah ilmu yang bermanfaat.Ilmu mempunyai banyak jenis. Contohnya ilmu dunia, ilmu akhirat dan ilmu hitam. Tapi yang tak memutuskan amalan kita ialah ilmu yang memberi kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat. Ilmu seperti ini apabila diamal oleh orang yang masih hidup (orang yang dididik oleh kita) untuk kebaikan, kita pun sama mendapat pahala tersebut. Itulah yang dapat menyelamatkan kita di dalam kubur. Contohnya membaca al- Quran. Apabila kita mengajar seseorang itu membaca al – Quran, dan disebabkan apa yang di ajarkan itu membolehkan dia( orang yang belajar) membaca al-Quran dgn betul serta dapat bersolat, maka pahala kita sama seperti dia walaupun kita hanya mengajarnya membaca surah al-Fatihah dan dia mendalami ilmu – ilmu tersebut dgn org lain.

5-Kita tidak tahu ajal kita bila akan datang,maksud menyempurnakan ibadah ialah solat.Seeloknya elakkan melambat-lambatkan solat(walaupun solat isyak sekali pun) kerana sebolehnya kita tidak mahu mati dalam keadaan tidak sempat menyempurnakan ibadah,sedangkan ada masa dan peluang untuk melaksanakannya.Jadikanlah hidup ini sebagai satu pengabdian kepada Illahi.

Saturday, December 10, 2011

Kelebihan bernikah


KELEBIHAN NIKAH:
*Saat akad nikah~dapat PAHALA!
*Suami memeluk isteri~dapat PAHALA!
*Mencium isteri~dapat PAHALA!
*Merenung isteri~dapat PAHALA!
*Suami bekerja untuk mencari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
*Suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
*Suami memegang isteri ~PAHALA!
*Suami memarahi isteri(untuk menegur)~PAHALA!
*Suami mengimamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(Banyaknya pahala,berlipat ganda)
*Suami mengajar isteri fardhu ain~PAHALA!
*suami bersetubuh bersama isteri~PAHALA!....
*Bermain kenyit-kenyit mata dengan isteri~PAHALA!....

Allahhurabbi..SERONOKNYA.

Tapi kalau couple???tak dapat pahala..senyum2 manja pun dah BERDOSA

Friday, December 09, 2011

10 golongan yang dilaknat oleh Allah tentang Arak

" Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya "riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi

Hukum meminum arak ialah HARAM.Setiap yang memabukkan adalah haram,walaupun kita minum setitik sahaja, ia tetap haram malah amalan kita tidak diterima selama 40hari.Arak adalah segala raja untuk memudaratkan kesihatan manusia.

10 golongan ( dilaknat) yg terlibat dengan arak yg terdapat di dlm hadis di atas:

1.Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.
2.Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.
3.Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram.
4.Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
5.Meminta dibawakan arak kepadanya:bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram
6.Memberi minum arak kepada orang lain: Bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram
7.Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .
8.Orang yg mendapat hasil daripada arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram contoh : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
9.Orang yg membeli arak:Bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
10.Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram


Wednesday, December 07, 2011

6 golongan yang jangan dijadikan sebagai isteri


Bismillahirrahmanirrahim.....

Pesanan Imam Al-Ghazali untuk lelaki:
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”

Wanita Ananah:
Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.(Berlakon depan suami)

Wanita Mananah:
Suka membangkit-bangkit(Mengungkit) terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari bersolek dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

      "Wanita adalah hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah"

Monday, December 05, 2011

Hadis palsu tentang puasa hari Asyura

‎"Barang siapa yang berpuasa esok 9 dan 10 Muharram (isnin dan selasa),
maka pahalanya sama dengan 2 tahun ibadah. Sedangkan bagi mereka yg
mengingatkan dapat pahala 80 tahun ibadah.."

Ini adalah perkataan yang karut dan batil.... Kepada yang menyebarkannya, bersegeralah bertaubat kerana anda sedang diancam dengan hadith Nabi: "Sesiapa yang berkata mengenaiku apa yang tidak pernah aku ucapkan maka dia menempah tempat duduknya dalam neraka." - Shahih al-Bukhari.

Sabda Rasulullah s.a.w berkenaan kelebihan berpuasa pada hari Asyura (9 dan 10 Muharram): “Ia akan menghapus dosa-dosa sepanjang tahun yang telah berlalu.” [Shahih Muslim, no: 1977]

Salah satu ciri-ciri hadis palsu ialah menawarkan pahala yang berlebih-lebih bagi sesuatu amal yang ringan. Pada riwayat ini terdapat padanya ciri-ciri hadis palsu, selain ia bercanggah dengan nas-nas yang sahih...wallahua'lam =))

Thursday, December 01, 2011

Kewajiban melaksanakan hukum hudud

Maksud hudud ialah cegahan.Hukuman-hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang melakukan maksiat disebut hudud kerana hukuman tersebut dimaksudkan untuk mencegah agar orang yang dikenakan hukuman itu tidak mengulangi perbuatan yang menyebabkan dia dihukum.

Dalam pemberian hukuman ini terdapat satu manfaat.Sebab hukuman merupakan pencegah perbuatan-perbuatan dosa,kerana ia dapat mengurangkan berlakunya maksiat dan mengurangkan perbuatan yang dilarang oleh islam.Hukum hudud ini dapat menjamin keamanan,iaitu akan menjamin keselamatan jiwa.harta benda dan nama baik.
      An -Nasa'i dan Ibnu Majah meeriwayatkan dari Abu Hurairah,bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda:
(Suatu hukum yang dilaksanakan didunia adalah lebih baik bagi penduduknya daripada dicurahi hujan selama empat puluh hari).

Oleh kerananya,maka setiap perbuatan atau usaha untuk menghalang  pelaksanaan hukum hudud adalah bermaksud menghalang hukum-hukum Allah dan menentangnya.Disebabkan perbuatan yang dilakukan pada remaja sekarang contohnya adalah:berpegang tangan,melakukan maksiat dan melahirkan anak luar nikah adalah perbuatan yang boleh membawa kemungkaran dan dibenci oleh masyarakat sekeliling.Kebanyakannya masyarakat melayu yang melakukannya daripada bangsa cina dan india.Bagaimana negara ingin aman sekiranya tidak melakukan hukum hudud,dan hukum hudud ini jika tidak dilaksanakan akan lebih membawa masalah dan negara tidak tenteram jika maksiat berleluasa.Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad,Abud Daud dan Al-Hakim yang berkenaan dengan usaha untuk menghalangi hukum-hukum Allah.(Barangsiapa yang syafaatnya/pertolongannya menjadi penghalang atas satu dari hukuman-hukumanyang telah ditetapkan Allah,maka orang itu adalah penentang Allah dalam urusannya.)

Adakah jawapan Najib ini sangat munasabah?

Pengertian murtad bukan hanya melibatkan pertukaran agama umat Islam kepada agama lain tetapi perkara-perkara lain.Murtad ini bukan orang Islam masuk Kristian sahaja tetapi mereka yang menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain itu adalah orang murtad.Aqidah dalam diri seseorang sangat penting,maka aqidah kalau sudah membuat perbuatan yang mengkafirkan sama ada dia sedar ataupun tidak sedar orang itu adalah kafir. Sebab itu kita mesti belajar bab aqidah supaya kita tahu perkara yang membatalkan.Orang islam yang perbuatannya jahil dan dalam masa yang sama dia membuat perkataan yang mengkafirkan,secara tidak sedar orang itu telah kafir.Perbuatan ini sangat bahaya dan tidak boleh dibuat main ataupun bergurau sekalipun kerana islam menegah orang yang mempersendakan agama.Orang yang menentang hukum Allah,dan memperlekehkan hudud menjadi kafir.Maknanya ialah terbatallah keislaman seseorang tanpa dia sedari perbuatan dia itu salah.

Semasa zaman Rasulullah s.a.w. terdapat banyak kaum berbanding dengan zaman kita sekarang ini.Di Malaysia hanya terdapat kaum india,melayu dan cina.Kenapa di zaman Rasulullah boleh melakukan hudud dan dinegara kita pula tidak boleh?.

Wallahua'lam.

Wednesday, November 23, 2011

PUTUS SAF!MAKA TERPUTUSLAH HUBUNGAN DENGAN ALLAH

PUTUS SAF!MAKA TERPUTUSLAH HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Inilah kebiasaan yang dilihat di masjid ataupun surau kita!saf tidak rapat diantara BAHU dan KAKI dijarakkan semata-mata untuk keselesaan diri sendiri!.

*Rasulullah dan para sahabat mementingkan rapat dan lurus saf.*

*Rasulullah sebelum memulakan solat,akan memastikan makmun di belakangnya meluruskan saf terlebih dahulu.Anas bin Malik berkata:ketika telah iqamah untuk solat,Rasulullah menghadap kami dengan wajahnya seraya berkata:"Luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakangku"(Riwayat Bukhari no.719)

Malah ada riwayat yang menyatakan Baginda pergi ke setiap barisan untuk melihat sama ada saf benar-benar telah lurus sebelum memulakan solat.Daripada Albara' bin Aazib berkata:Adalah Rasulullah memasuki celah-celah barisan(saf) sambil mengusap dada dan bahu kami,kemudian baginda bersabda "Janganlah kamu bercerai-berai sehingga hati kau bercerai-berai.Sesungguhnya Allah dan para malaikat mendoakan orang-orang yang solat di saf pertama.(Riwayat Abu Daud no.618.An-nasaii no.781.sahih At-Targhrib Waf-Tarhib no.493)

Pada zaman Umar al Khattab pula,beliau mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang.Beliau tidak akan bertakbir(memulakan solat)sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus.Begitu juga dengan Uthman al-Allan dan Ali bin Abu Talib,mereka berdua bersepakat melakukan apa yang telah dilakukan oleh Umar.Dulu,Ali selalu mengatakan:"Maju wahai si fulan!Mundur sedikit wahai si fulan!"(Riwayat Tirmizi (1/381)
     Saf yang tidak sempurna dan salah
Sedikit jarak yang memutuskan saf
                                                         
                                    Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tegakkanlah(ratakan & luruskan)saf-saf kamu sekalian.Demi Allah,(kamu diperintah agar)merapatkan/meluruskan saf-saf kamu,atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu!".
(Riwayat Bukhari no.717 dan muslim n0 436)
"Dan barangisapa memutuskan saf(tidak merapatkan atau memenuhkan saf),maka Allah akan memutuskan hubungan dengan-nya".(Riwayat Ahmad dalam Musnad dan Abu Daud no 785)

                     Saf yang sempurna dan betul
Merapatkan 'bahu dengan bahu' &
'tumit dengan tumit' serta memastikan
saf lurus

               Rasulullah s.a.w bersabda:Dari anas r.a,dari Nabi Muhammad s.a.w,sabdanya"Betulkanlah saf-saf(barisan)kamu semasa solat berjemaah,kerana sesungguhnya pembetulan saf-saf itu(adakah ia) dari amalan mengerjakan senbahyang dengan sempurna.(Riwayat Bukhari no.723)
"Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seorang hamba untuk menyambung(menyempurnakan)saf solat.(Riwayat Abu Daud.Lihat At-Taghrib Wat-Tahrib no 814,menurut sheikh Al-Albani hasan Lighairihi)
"Sesungguhnya Allah Ta'ala dan para malaikat-nya berselawat kepada oran-orang yang menyambung saf solatnya,dan barangsiapa yang menutup celah dalam solat berjemaah,maka Allah akan mengangkat orang itu satu darjat.(Riwayat Abu Daud no 618,An-Nasaii no 781,Sahih At-Taghrib Wat-Tarhib no.493).


Oleh itu,bagi sesiapa saja yang pernah membuat kesilapan seperti tidak merapatkan saf maka perbetulkanlah dan jangan mengulanginya.Jika  ternampak rakan disebelah tidak merapatkan saf,beritahulah ia.Putusnya saf,maka terputuslah perpaduan.Sesungguhnya itulah janji Allah.