Hukum

1.Hukum makan kenduri tanpa diundang

Hukum makan makanan kenduri yang kita tidak dijemput dipanggil PENCURI namanya.Dalam satu kitab-kitab Feqah,dalam bab Walimah ada sebut tentang perkara ini."Siapa yang tidak dijemput,HARAM dia memakan makanan yang dihidangkan".Hadir pada kenduri itu tidaklah HARAM tetapi HARAM memakan makanan disitu.Dalam kitab Feqah juga ada menyebut "Siapa yang telah makan kenduri tanpa dijemput,Wajib bertaubat dan pulangkan balik makanan tersebut jika telah ditelannya,wajib dibayar dengan harganya".

Ini dipanggil "Makan harta orang secara Batil".Hukumnya HARAM,maka wajiblah seseorang itu membayar balik ganti rugi kepada tuannya.


2.Hukum perempuan meletak gambar di facebook
Minta maaf banyak-banyak jika jawapan di bawah ini tidak menyenangkan anda.
Kaum hawa ini bukan tak tahu hukum mendedahkan aurat tapi kenapa masih tayang aurat di facebook.?kenapa?

Sebab-sebabnya ialah :
1.Biar orang melihat bahawa dia ni cantik
2.Ingin menggoda lelaki
3.Suka dilihat seksi
4.Tidak cukup kain
5.Ingin melanggar ajaran agama
6.Jahil(Bodoh)

*Hukum perempuan yang meletak gambarnya di facebook walaupun menutup aurat?
-Tutup aurat pun kalau bersolek,edit gambar,buat aksi seksi atau seumpamanya masih tetap HARAM.

*Hukum meletak gambar artis ataupun kawan yang tidak menutup aurat?
-HARAM meletakkan gambar yang mendedahkan aurat samada gambar artis ataupun kawan,disebabkan kita juga akan mendapat saham dosa kerana meletakkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat.

*Hukum "LIKE" gambar kawan-kawan yang mendedahkan aurat?
-"LIKE" itu maknanya suka.Suka tu ada dua makna,suka melihat gambar dia dan suka melihat dia mendedahkan aurat.Kalau suka dia mendedahkan aurat hukumnya Haram dan jika kita "LIKE" bermakna kita sokong dia,hukumnya tetap HARAM.

p/s:Bagi perempuan yang tidak menutupi aurat dengan sempurna dan dalam masa yang sama ayahnya telah meninggal dunia,segerakanlah membuang gambar yang tidak tutup aurat kerana di dalam kubur,ayah anda menanggung segala dosa anda kerana anda tidak menutup aurat dan bagi perempuan yang masih ada ayah,tutuplah aurat dengan sempurna kerana "Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."



3.Hukum memakai sarung lengan bagi wanita
Gambar hiasan
Ramai remaja perempuan pada masa kini kerap memakai sarung lengan apabila bersukan ataupun keluar, tetapi mereka tidak tahu hukum asal memakai sarung lengan.Niat mereka untuk memakai sarung lengan adalah untuk menutup aurat.Persoalannya sekarang ialah "adakah dia menutup aurat dengan sempurna ataupun tidak".

Hukum asal memakai sarung lengan ialah HARUS dan boleh menjadi HARAM dengan sebab-sebab tertentu.

Diantara syarat menutup aurat bagi wanita ialah menutup dengan suatu yang menghalang dari nampak tubuh badan dan pakaian tersebut tidak ketat sehingga nampak bentuk tubuh badannya.Oleh itu jika seorang wanita memakai baju lengan pendek dan memakai sarung lengan sampai ke pergelangan tangannya maka hukumnya masih dikira tidak menutup aurat(Dosa Besar) sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.Ini adalah kerana bentuk aurat iaitu tangannya masih kelihatan melainkan sarung lengan yang dipakai itu longgar sekira-kira tidak kelihatan bentuk lengannya.

Adapun jika wanita tersebut memakai baju lengan panjang (seperti baju kurung, jubah atau t-shirt muslimah) dan memakai pula sarung lengan maka apabila ia mengangkat tangannya sebab mengambil barang yang tinggi tempatnya lalu kelihatan lengannya yang memakai sarung itu hukumnya dimaaf pada syarak.

Wallahua'lam.

4.Hukum meletakkan nama Allah dan Muhammad pada pakaian:

Memakai pakaian yang berlambangkan Allah dan Muhammad samada baju,topi cincin dan sebagainya telah dijelaskan syarak.Sebelum itu,perkara penting yang kita perlu fahami dalam menentukan persoalan ini ialah:

1.Kita perlu membezakan antara Kalimah suci dan ayat-ayat suci Al-Quran.Menggunakan Kalimah suci berbeza dengan menggunakan ayat suci Al-Quran.Menggunaka ayat suci Al-Quran pada pakaian hukumnya adalah HARAM kerana bimbang akan ada unsur penghinaan Al-Quran.Hukum menggunakan Kalimah suci pula,pada asalnya boleh kerana ada beberapa alasan:

-Rasulullah s.a.w sendiri memakai cincin yang ada ukiran Muhammad,Rasul,Allah
-Menurut Ibnu Abi Syaibah bahawa Huzaifah dan Abu Ubaidah mempunyai cincin yang diukir perkataan ALHAMDULILLAH.

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/216055_214902371870056_100000508851984_839476_7732684_n.jpg


Walaupun ulama' tertumpu pada cincin,namun boleh diluaskan pada pakaian seperti baju dan topi.Namun persoalan yang timbul ,dalah membawa pakaian tersebut masuk ke dalam tandas.Para ulama' telah menjawab persoalan ini dengan jelas.Hukum membawa pakaian seperti ini ke dalam bilik air,menurut ulama' adalah seperti berikut:

-Menurut mazhab syafie dan hanafi tidak menggalakkan membawa objek yang mempunyai nama Allah didalam tandas.Maka hukum tersebut adalah MAKRUH.
-Mazhab Hambali dan Maliki mengHARAMkannya.Ibnu Qudamah rahimahullah berkata:jika seseorang itu mebawa sesuatu objek yang menyebut nama Allah adalah lebih mustahak untuk meninggalkannya ataupun menanggalkannya.

Jika dia membawa bersamanya dan menjaganya dengan baik agar tidak terjatuh atau memusingkan(terbalikkan) bahagian yang ada nama Allah.Menurut Imam Ahmad,jika cincin mempunyai nama Allah hendaklah dipusingkannya menghadap tapak tangan dan kemudian baru la boleh untuk ke bilik air.Pandangan ini merupakan pendapat Ibnu Sirin dan lain-lain.Disebut dalam kitab Al-Mughni jilid pertama muka surat 109.Ini adalah pandangan terhadap cincin.Begitu juga dengan baju dan topi,maka lebih elok menanggalkan jika ingin masuk ke bilik air.Namun,kalau takut kehilangan ataupun dicuri maka boleh dibawa masuk ke dalam tandas sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Sheikh Athiya Saqr seorang ulama' di Mesir.Beliau mengatakan bahawa,jika takut akan cincin yakni objek tersebut kehilangan,maka tidaklah menjadi kesalahan untuk membawa ke dalam bilik air.

Imam Ahmad juga pernah memberikan pandangan.Imam Ahmad memberikan jawapan tentang seorang laki-laki yang membawa duit Dirham yang tertulis Zikrullah pada Dirham tersebut masuk ke tandas dengan mengatakan"aku harap ianya tidak mengapa".Maksudnya dalam pandangan Imam Ahmad hukumnya sekadar MAKRUH.Dalam Al-Ahkam.net,ada menyebutkan mengenai pakaian TENTERA yang mempunyai lambang Allah dan Muhammad yang dijahit di baju.Berdasarkan pendapat-pendapat yang dikemukakan,dibolehkan untuk memasuki tandas bersama dengan pangkat tersebut.Memandangkan kesukaraan untuk menanggalkannya kerana dijahit terus di baju.Bagi tali pinggang yang mempunyai Kalimah suci,terpulanglah kepada si pemakainya samada untuk mengambil sunnah untuk menanggalkannya dengan meletakkannya diluar tandas ataupun memakainya bersama-sama kerana dengan memakainya bersama-sama hukumnya adalah MAKRUH.

Kesimpulannya,mencetak baju,topi dan cincin dengan Kalimah Allah ataupun Kalimah Muhammad yakni Kalimah suci adalah dibenarkan.Namun,cetakan Kalimah suci pada seluar adalah HARAM kerana terdapat unsur penghinaan.Yang kedua,boleh membawa masuk ke dalam tandas pakaian yang ada Kalimah suci tetapi hukumnya MAKRUH,namun lebih afdhal ditinggalkan diluar tandas.Yang ketiga,memakai baju yang ada cetakan Allah dan Muhammad boleh menaikkan Syiar Islam.Namun,kita harus berhati-hati jangan sampai adanya unsur penghinaan.Oleh itu,boleh mencetekkan Kalimah Allah dan Muhammad pada pakaian tetapi jagalah untuk memajukan islam dan menguatkan syiar islam,bukannya untuk melemahkan islam dan menghina islam.