Maksud hudud ialah cegahan.Hukuman-hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang melakukan maksiat disebut hudud kerana hukuman tersebut dimaksudkan untuk mencegah agar orang yang dikenakan hukuman itu tidak mengulangi perbuatan yang menyebabkan dia dihukum.
Dalam pemberian hukuman ini terdapat satu manfaat.Sebab hukuman merupakan pencegah perbuatan-perbuatan dosa,kerana ia dapat mengurangkan berlakunya maksiat dan mengurangkan perbuatan yang dilarang oleh islam.Hukum hudud ini dapat menjamin keamanan,iaitu akan menjamin keselamatan jiwa.harta benda dan nama baik.
An -Nasa'i dan Ibnu Majah meeriwayatkan dari Abu Hurairah,bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda:
(Suatu hukum yang dilaksanakan didunia adalah lebih baik bagi penduduknya daripada dicurahi hujan selama empat puluh hari).
Oleh kerananya,maka setiap perbuatan atau usaha untuk menghalang pelaksanaan hukum hudud adalah bermaksud menghalang hukum-hukum Allah dan menentangnya.Disebabkan perbuatan yang dilakukan pada remaja sekarang contohnya adalah:berpegang tangan,melakukan maksiat dan melahirkan anak luar nikah adalah perbuatan yang boleh membawa kemungkaran dan dibenci oleh masyarakat sekeliling.Kebanyakannya masyarakat melayu yang melakukannya daripada bangsa cina dan india.Bagaimana negara ingin aman sekiranya tidak melakukan hukum hudud,dan hukum hudud ini jika tidak dilaksanakan akan lebih membawa masalah dan negara tidak tenteram jika maksiat berleluasa.Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad,Abud Daud dan Al-Hakim yang berkenaan dengan usaha untuk menghalangi hukum-hukum Allah.(Barangsiapa yang syafaatnya/pertolongannya menjadi penghalang atas satu dari hukuman-hukumanyang telah ditetapkan Allah,maka orang itu adalah penentang Allah dalam urusannya.)
Adakah jawapan Najib ini sangat munasabah?
Pengertian murtad bukan hanya melibatkan pertukaran agama umat Islam kepada agama lain tetapi perkara-perkara lain.Murtad ini bukan orang Islam masuk Kristian sahaja tetapi mereka yang menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain itu adalah orang murtad.Aqidah dalam diri seseorang sangat penting,maka aqidah kalau sudah membuat perbuatan yang mengkafirkan sama ada dia sedar ataupun tidak sedar orang itu adalah kafir. Sebab itu kita mesti belajar bab aqidah supaya kita tahu perkara yang membatalkan.Orang islam yang perbuatannya jahil dan dalam masa yang sama dia membuat perkataan yang mengkafirkan,secara tidak sedar orang itu telah kafir.Perbuatan ini sangat bahaya dan tidak boleh dibuat main ataupun bergurau sekalipun kerana islam menegah orang yang mempersendakan agama.Orang yang menentang hukum Allah,dan memperlekehkan hudud menjadi kafir.Maknanya ialah terbatallah keislaman seseorang tanpa dia sedari perbuatan dia itu salah.
Semasa zaman Rasulullah s.a.w. terdapat banyak kaum berbanding dengan zaman kita sekarang ini.Di Malaysia hanya terdapat kaum india,melayu dan cina.Kenapa di zaman Rasulullah boleh melakukan hudud dan dinegara kita pula tidak boleh?.
Wallahua'lam.