Monday, November 21, 2011

Ingatlah Allah!

3.Tibanya waktu solat

Bertemulah Tuhan yang menciptakan kamu sebentar.
Tinggalkanlah segala urusanmu.
Dia mahu kamu menghadapnya.
Dia maha pemurah lagi maha penyayang.

Saturday, November 19, 2011

Memakai sarung lengan bagi wanita

Hukum memakai sarung lengan bagi wanita

Gambar hiasan
Ramai remaja perempuan pada masa kini kerap memakai sarung lengan apabila bersukan ataupun keluar, tetapi mereka tidak tahu hukum asal memakai sarung lengan.Niat mereka untuk memakai sarung lengan adalah untuk menutup aurat.Persoalannya sekarang ialah "adakah dia menutup aurat dengan sempurna ataupun tidak".

Hukum asal memakai sarung lengan ialah HARUS dan boleh menjadi HARAM dengan sebab-sebab tertentu.

Diantara syarat menutup aurat bagi wanita ialah menutup dengan suatu yang menghalang dari nampak tubuh badan dan pakaian tersebut tidak ketat sehingga nampak bentuk tubuh badannya.Oleh itu jika seorang wanita memakai baju lengan pendek dan memakai sarung lengan sampai ke pergelangan tangannya maka hukumnya masih dikira tidak menutup aurat(Dosa Besar) sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.Ini adalah kerana bentuk aurat iaitu tangannya masih kelihatan melainkan sarung lengan yang dipakai itu longgar sekira-kira tidak kelihatan bentuk lengannya.

Adapun jika wanita tersebut memakai baju lengan panjang (seperti baju kurung, jubah atau t-shirt muslimah) dan memakai pula sarung lengan maka apabila ia mengangkat tangannya sebab mengambil barang yang tinggi tempatnya lalu kelihatan lengannya yang memakai sarung itu hukumnya dimaaf pada syarak.

wallahua'lam.

Kaki wanita aurat?

Adakah kaki wanita aurat?

*Ramai wanita yang tidak tahu dan mengabaikan untuk menutup kaki.Ini bukan soal wajib pakai stokin atau tidak,masalahnya ialah mesti menutup kaki tidak kisah dengan cara sekalipun.Asalkan menutup kakinya demi menjaga auratnya.Wanita wajib menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangannya.Kaki wanita dikira sebagai aurat dan wajiblah bagi setiap wanita itu untuk menutupnya , kecuali jika terdapatnya hajat atau keperluan yang menyukarkan wanita tersebut untuk menutup kakinya , maka dalam hal ini ianya dibolehkan untuk tidak menutupnya.

Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:

1. Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
2. Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
3. Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
4. Darurat.